Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera pembuka kata,
Ini 4A punya seloka,
Kalau rajin silalah baca.
Kelas kami sentiasa ceria,
Jangan pelik jangan hairan,
Murid lelaki lima orang sahaja,
Bagaikan berada di sekolah perempuan.
Teguh peribadinya dengan kata,
Tekun pula dalam pelajaran,
Jangan pandang sebelah mata,
Kerana dia Aniq Ikhwan.
'Along' itulah gelarannya,
Bantu ketua memang tugasnya,
Orangnya suka berjenaka,
Hingga orang ketawa bersama.
Susah untuk dicari ganti,
Senyuman sentiasa di bibirnya,
Sifat kepimpinan dalam diri
Amin Adli itulah namanya.
Makan nasi dengan jering,
Bermain gitar itu kebolehannya,
Tinggi lampai berambut kerinting,
Amirul Syafiq pemilik cerita.
Hanya mereka bijak bestari,
Sentiasa bantu rakan sekelas,
Itulah Syahirah dan Tharshini,
Terang sesuatu hingga jelas.
Suka minta duit orang,
Memang itu kerja si dia,
Tidak takut kena serang,
Amirah Sahira adalah namanya.
Kecil-kecil cili padi,
Kecil lagi biji zarah,
Berdiri dibaris hadapan sekali,
Empunya badan namanya Sharifah.
Campuran Melayu dengan Thailand,
Muka bersih tidak terkata,
Minat juga pada Korean,
Phloy itulah nama si dia.
Anak Cina ke luar negara,
Sungguh asing bagi drinya,
Kerlingan mata menusuk jiwa,
Siti Amirah itu namanya.
Tersangat comel orang Korea,
Terjerit sudah di sini sana,
Mungkin ini minat mereka,
Itulah Azreen dan Farzana.
Dua tiga kucing berlari,
Ke sini sana sering bersama,
Duduk sama suka berkongsi,
Zarifah, Athirah nama mereka.
Ingin belajar dengan tekun,
Suka melukis itu sifatnya,
Minat sungguh dengan Jepun,
Atiqah adalah gerangannya.
Solat subuh di pagi hari,
Nama sama pada mulanya,
Itulah Jehan dan Isnani,
Nama Farah dikongsi bersama.
Pergi Pangkor makan ketam,
Sungguh manis bila dirasa,
Ini dia Amanina dan Ilham,
Buat kelas ceria sentiasa.
Dalam tepung ada guli,
Ditiup-tiup sehingga jumpa,
Muka manis cik Ayunni,
Sungguh setia pada masa.
Bila dilarang katanya ‘AWAS’,
Disuruh baris tegak berdiri,
Berbaju biru tugas pengawas,
Itulah dia Syafiqah Syazwani.
Pemalu sungguh mereka ini,
Cakap cikgu didengar asyik,
Nama disebut mirip sekali,
Seorang Afiq seorang Nurshafiq.
Hujan batu hujan gerimis,
Berpayung pula di bawah pokok,
Sedih sungguh hati Anis,
Shafika datang untuk memujuk.
Jemur kain hingga kering,
Berjiran pula dengan Mak Minah,
Minat bermain bola jaring,
Itulah dia Siti Sakinah.
Salam sejahtera pembuka kata,
Ini 4A punya seloka,
Kalau rajin silalah baca.
Kelas kami sentiasa ceria,
Jangan pelik jangan hairan,
Murid lelaki lima orang sahaja,
Bagaikan berada di sekolah perempuan.
Teguh peribadinya dengan kata,
Tekun pula dalam pelajaran,
Jangan pandang sebelah mata,
Kerana dia Aniq Ikhwan.
'Along' itulah gelarannya,
Bantu ketua memang tugasnya,
Orangnya suka berjenaka,
Hingga orang ketawa bersama.
Susah untuk dicari ganti,
Senyuman sentiasa di bibirnya,
Sifat kepimpinan dalam diri
Amin Adli itulah namanya.
Makan nasi dengan jering,
Bermain gitar itu kebolehannya,
Tinggi lampai berambut kerinting,
Amirul Syafiq pemilik cerita.
Hanya mereka bijak bestari,
Sentiasa bantu rakan sekelas,
Itulah Syahirah dan Tharshini,
Terang sesuatu hingga jelas.
Suka minta duit orang,
Memang itu kerja si dia,
Tidak takut kena serang,
Amirah Sahira adalah namanya.
Kecil-kecil cili padi,
Kecil lagi biji zarah,
Berdiri dibaris hadapan sekali,
Empunya badan namanya Sharifah.
Campuran Melayu dengan Thailand,
Muka bersih tidak terkata,
Minat juga pada Korean,
Phloy itulah nama si dia.
Anak Cina ke luar negara,
Sungguh asing bagi drinya,
Kerlingan mata menusuk jiwa,
Siti Amirah itu namanya.
Tersangat comel orang Korea,
Terjerit sudah di sini sana,
Mungkin ini minat mereka,
Itulah Azreen dan Farzana.
Dua tiga kucing berlari,
Ke sini sana sering bersama,
Duduk sama suka berkongsi,
Zarifah, Athirah nama mereka.
Ingin belajar dengan tekun,
Suka melukis itu sifatnya,
Minat sungguh dengan Jepun,
Atiqah adalah gerangannya.
Solat subuh di pagi hari,
Nama sama pada mulanya,
Itulah Jehan dan Isnani,
Nama Farah dikongsi bersama.
Pergi Pangkor makan ketam,
Sungguh manis bila dirasa,
Ini dia Amanina dan Ilham,
Buat kelas ceria sentiasa.
Dalam tepung ada guli,
Ditiup-tiup sehingga jumpa,
Muka manis cik Ayunni,
Sungguh setia pada masa.
Bila dilarang katanya ‘AWAS’,
Disuruh baris tegak berdiri,
Berbaju biru tugas pengawas,
Itulah dia Syafiqah Syazwani.
Pemalu sungguh mereka ini,
Cakap cikgu didengar asyik,
Nama disebut mirip sekali,
Seorang Afiq seorang Nurshafiq.
Hujan batu hujan gerimis,
Berpayung pula di bawah pokok,
Sedih sungguh hati Anis,
Shafika datang untuk memujuk.
Jemur kain hingga kering,
Berjiran pula dengan Mak Minah,
Minat bermain bola jaring,
Itulah dia Siti Sakinah.
Berkejaran ikan lumba-lumba,
Sedang mencari jalan sehala,
Bergurau dengan muka selamba,
Inilah dia Siti Nabila.
Buat seloka berjela-jela,
Lupa kenalkan empunya diri,
Saya, Nurafiqah pemiliknya,
Harap sangat masuk ‘Inspirasi’.
Bila baca jangan tertekan,
Ingatlah ini satu hiburan,
Harap semua beri pandangan,
Terima kasih saya ucapkan.
Sekian.

